Pages

Wednesday 31 October 2012

Fuyyoo..Kahwin Dengan Mat Saleh!!


Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah
setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia
carikan jodoh utk aku.......Tak yah aku nak susah-susahkan diri nak pasang
badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikarang semua sudah setel.

Calon pun dah ada, golongan org berada katakan....lak tu dan most of
all....orang putih you......Glamerlah aku. Kekadang bila difikir2.......mimpikah
aku.....macam tak caya aje.....dah jadi macam cerita Cinderella
pulak.....Aku nie bukanlah jelita sangat...kulit kerbau bapak aku pun lebih
bersih dari kulit aku....Agaknya org putih tu ingat aku ni Negro
kot!.......macam Janet Jackson ke; Whitney Houston ke.......

Ah! tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. Dia yg
beriya-iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin, biar mak
yg cari....katanya berkat. Yang penting amaaaan sepanjang masa.......

"Hensem ke dia mak?" Soalan pertama yg aku tanyakan kat mak.
Alah.....semua pompuan pun akan tanya soalan ini, betul tak? "Jangan takutlah, tanggung
beres...." Betulke mak aku ni........Naik pening kepala batu aku
ni.......Tapi, tak apelah. Mak aku cakap orgnya dah berumur sikit....duda,
sebab bininyer meninggal...tak tahu apa sebabnya.......Tapi agak aku kan,
dia tercekik biji durian.....power seh....anak tak ade.......lagi
power....Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa di atur. Tapi,
tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil 'Adik' pulak, kan?
Duda pun dudalah...at least ade experience dlm meranjau onak duri di alam
rumahtangga.... aiseyman, berfalsampah lak aku ni......Setakat ader
sepit-tiket (alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga buat
ape, yg menganggur bersepah2........ Banyak org tanya, "kau suka ke,mak kau
kahwinkan kau dgn mat salleh?" Aku senyum saja.... Kontrol sikit muka nie.
Kalau ikutkan hati, nak aje aku peluk dan cium!
pipi mak aku pasal kawinkan aku dgn org putih.......Alamak! macam drama
sabun lah (soap opera lah, cakap org putih)......
Kawan sepengumpatan aku......si Bedah, Joyah, Tipah dan Kia semuanye jeles
bila dia owg tahu berita ni.......Bukan saja jeles, dia owg nak psycho aku

yg bukan-bukan.......... "nanti org putih tu bawak kau kat negeri dia,
jadikan kau hamba tebusan, baru kau tahu." Tapi aku buat dak
saje......"Eleh! kalau jeles, cakap aje jeles....jgn nak cari
alasan....."kau org tu, sampai bila nak jadi andartu....." Itu jugak jawapan
aku bila dah geram........ Lebih-lebih lagi si Kiah tu........kalau cakap,
habis tempias air liurnye ke muka orang..... patutlah org cakap mulut dia
mulut laser.........Ah! lagi bengang aku pikirkan pasal dia org.......Blah
lah sama korang.......!!!

"Semua dah sedia?...... Saksi sedia?........Pengantin lelaki
sedia?.....Baik mari kita mulakan sekarang.......... MAT SALLEH LUDIN BIN
MAT KULUP JIDIN....AKU NIKAHKAN DIKAU DGN SAODAH BINTE SANORPAN
DGN MASKAHWINNYA............... Tiba-tiba, suara pak imam sayup2 dari
pendengaranku dan penglihatanku mula kabur. Aku terasa bumi ni macam nak
tercabut....... "Fengantin Fomfuan fengshan, nikah ni kira syah
ke......syemmana nie?" terdengar akan suara suamiku yg keluar dari mulutnya
yg dah tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yg
terbongkok-bongkok.......jalan pun kena pakai tongkat......... Alamak! tak
sanggup aku nak nengok muka minah2 empat ekor tu yg terkekek-kekek dan
berdekah-dekah disisiku........ TIDAAAAAAAKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!

Tuesday 30 October 2012

Dimanakah kita?




Khalil bin Ahmad* menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :


  1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
  2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
  3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
  4. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.


*Abu ‘Abd ar-Rahmān al-Khalīl ibn Ahmad al-Farāhīdī more commonly known as Al-Farahidi or simply Al-Khalīl, was one of the earliest Arab lexicographers and philologists. His best known contributions are Kitab al-'Ayn regarded as the first dictionary of the Arabic language, the current standard for Harakat (vowel marks in Arabic script), and the invention al-'arud (the study of Arabic prosody). He was from southern Arabia (modern day Oman) and later moved to Basra, Iraq. Sibawayh and Al-Asma'i were among his students.
(Source from: wikipedia)

First Step...

Bismilah....

Started the step with the right foot...

If you are reading this..well thanks for stopping by...and before I go on, I want to apologise if my english not soo good because I just get band 3 in my MUET...and I don't intent to retake that test any more. Well in this blog u will find out that I will mix Malay and English to writing as I mention before I just get band 3 in Muet.
I am sure this will make some of the people feel sick because of the mixing languages between Malay and English and most of people said "rojak"...well I say...lebih baik sikit daripada tak ade langsung. So, enjoy your reading here..If you have any opinion u can just post your comment here and may be we can discuss togather...

Ok, time to go...until the next post...see yaaa....